26/04/2007 - Cuti sempena Agong's Birthday. Kami semua lepak kat rumah je sbb Papa keje PM. Hmmm.... lepas 1800 hr baru sampai kat rumah la tu. Kemas rumah serba sikit pas tu masak utk lunch. Menu ringkas; soup ayam & sotong masak kicap.
Almost 2000 hr baru Papa balik. Sampai depan rumah trus hon; isyarat utk Faris kluar cepat. Mlm ni cam biasa Faris ada kelas mengaji.
Sedang sibuk surfing tetiba ada org ketuk pintu. La......! Dan 2130 hr rupanya. Papa & Faris dah balik. Faris trus mengadu mata dia sakit. Katanya tadi ada budak sakit mata duduk sblh dia. Eye Oinment yg lps ada lagi. Trus apply kat mata dia. Zarif pun bising mata dia sakit. Kat sblh mata kanan dia ada kesan gigit. Semut kot?!!
27/04/2007 - Bangun pagi kedua2 mata Faris bengkak & byk tahi mata. Tak boleh jadi nie. Kena ke klinik nampaknya. Sampai di klinik Dr. kata ini kena bakteria sbb dua2 mata kena serentak. Insyaallah cepat baik. Kalau kena virus lambat le sembuhnya. Biasanya kena sblh mata dulu.
Zarif & Khalid ke sekolah cam biasa. Faris dpt mc 1 hari. So, terpaksalah bwk ke office. Nak letak kat Taska takut bbdk lain lak berjangkit. Nasib baik kat office takde orang.
Hampir Maghrib baru sampai rumah K.Ros; amik Zarif. Sampai rumah baru perasan mata dia lak yg merah. Hmmm... dah berjangkitlah tue. Share je ubat Abg Faris.
Sblm tido, mata Mama lak yg asyik gatal. Rasa2 mcm nak berjangkit jer. 0515 hr terjaga dari tido. Dua2 mata rasa sakit & takleh nak buka. Hah! Dah sah Mama pun kena sakit mata.
28/04/2007 - Ptg ajak Papa ke klinik. Manalah tahu kot2 treatment berbeza. Dr. kata; cara rawatan sama jer. Ubat titis takleh share tapi eye oinment boleh. Masa ni Khalid pun dah menunjukkan tanda2 sakit mata. Tapi sblh jer. Lepas tido ptg, dua2 mata Khalid lak bengkak. Hmmm... nampaknya Papa masih terselamat.
29/04/2007 - Sepatutnya Papa OT tapi dah 0900 hr tak bangun2 lagi. Memasing lps Subuh tadi tido balik. Dlm keadaan mamai, terdengar Papa call member dia. Katanya tak dpt pi keje sbb sakit mata. Hah! Dah cukup corum dah. Nampak gayanya esok kena mc.
Lepas Maghrib Papa mengadu nak demam. Stock paracetamol ada lagi. Lepas pekena maggi curry, terus telan ubat. Pas tu, tido berselubung. Sejuk katanya.
Nampaknya esok lepas hantar Faris & Zarif ke skolah, kena masuk office kejap. PM tak kluar lagi. Schedule Ampang pun tak buat lagi. Alamatnya tak jadi balik kg la.... Cuti kat rumah jer.
dOd & final fantasy VII - thanks.
Alhamdulillah lps 2-3 hari semuanya sembuh. Kata doktor kena bakteria. Kalau virus, it would take more than 3 days to recover.
Najla - seronok la tgk FP awak. Kalaulah saya ada anak pompuan......