Want your
own Fotopage?












 
Sweet Memories

By: Norhaznihana Abdul Hamid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Mar-2008 06:37 Email | Share | Bookmark
Sabun Taharah - Sabun Tanah Liat

 
 
 
Sabun ini mengandungi lebih dari 95% kandungan tanah liat yang terpilih dan telah diusahakan Taharah Global (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik Bumiputera yang tidak perlu diragukan lagi akan kesuciannya. Seharusnyalah kita memberikan sokongan kepada syarikat ini di atas usaha-usaha Fardhu Kifayahnya.

Sabun ini telah mendapat pengesahan dan pengiktirafan daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus, Jabatan Mufti Negeri Trengganu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Adakah kita yakin dalam kehidupan kita sehari-hari, kita terselamat dari najis mughallazah? Mungkinkah kita terpijak/tersentuh najis anjing di tepi jalan? Mungkinkah tanpa disedari kita tersentuh benda-benda yang telah dipegang oleh orang bukan Islam yang telah menyentuh najis mughallazah?; seperti menolak troli di pasaraya, sentuh gelas di warung dan berbagai-bagai aktiviti lagi. Walaupun Islam memaafkan perkara-perkara yang diluar pengetahuan kita, bukankah lebih baik sekiranya kita dapat memastikan kebersihan/kesucian diri kita.Bagai dengan kualiti ibadah kita sekiranya ia berterusan.

Oleh itu Sabun Taharah yang dicipta untuk kegunaan umat Islam merupakan satu-satunya pilihan yang dapat memudahkan tujuan tersebut di atas. Sabun Taharah adalah halal dan diperbuat daripada 95% tanah liat taharah dan diadun dengan lelemak kelapa sawit, glyserin dan pewangi tanpa alkohol. Ianya bukan sahaja sesuai untuk penyamakan tetapi juga amat sesuai digunakan sebagai sabun mandian seisi keluarga. Malah Sabun Taharah bertindak sebagai produk penjagaan kulit kerana kandungan phnya iaitu 5.5-7pH amat bersesuaian dengan kulit manusia. Ia juga bertindak sebagai produk kecantikan serbaguna.

Kelebihan Sabun Taharah:

Kegunaan untuk bersamak.

Mengandungi Vitamin A, C dan E.

Sabun Taharah ini mempunyai kandungan mineral dan zat galian secara semulajadi seperti magnesium, sodium, kalsium dan potassium yang memberi kecantikan dan kesihatan pada kulit kita

Mengandungi minyak zaitun yang memberi daya kelembapan yang sempurna amat sesuai untuk semua jenis kulit bagi semua peringkat usia untuk kecantikan dan kesihatan diri.

Mencerahkan, Menghaluskan dan Melembapkan kulit.

Menghilangkan bau badan dan kotoran.

Menghilangkan penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis, ruam, gatal-gatal, kulit kering, kelemumur serta rekahan tumit kaki.

Zat, vitamin dan mineral yang terkandung boleh menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam (jeragat), mengurangkan garis-garis penuaan, kedutan pada muka dan memberi kesegaran yang berpanjangan.

Serbaguna untuk basuhan sayuran, barang kemas, basuhan baju dan lain-lain.

Sabun ini juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja terutama bagi pencinta alam semulajadi kerana ia tidak mengandungi bahan kimia atau pun lemak haiwan.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
http://bookabook.fotopages.com
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Wed 30-Apr-2008 09:02
Posted by:Mass masliza@ibzatech.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.