Want your
own Fotopage?












 
Sweet Memories

By: Norhaznihana Abdul Hamid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 18-Nov-2006 09:00 Email | Share | Bookmark
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2006 - Faris Imran

Faris sedang memperdengarkan hafazannya
3 pelajar al-Fudhail memperdengarkan Surah al-Waqiah
Termangu2... giliran dah lepas
Sedang menunggu giliran
 
 
 
Tak sempat amik gamba terima sijil
My precious! Sayangnya....
Anugerah Markah Tertinggi Ujian Kelayakan ke SRAI
Anugerah Tokoh Murid 2006
 
Zarif pun ade....
Bersama Yaya, org kuat al-Fudhail
Guru kelas - Cikgu Mariam
Guru hafazan - Cikgu Zah
Bersama Fudhail, anak Pengurus & Pengetua Tadika
Hari ini adalah hari convo untuk Muhammad Faris Imran bin Norhisham (6 yrs)!!
- sorry silap tarikh pada camera sbb tak reti nak tukar setting.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2006 Pusat Tahfiz & Tadika al-Fudhail bertempat di Dewan SRA Meru, Klang

Alhamdulillah! Majlis berjalan lancar. Dimulakan dengan bacaan ayat2 suci al-Quran daripada pelajar2 al-Fudhail; termasuklah Faris! Berbunga hati rasanya bila Faris memperdengarkan hafazan Surah al-Waqiah. Selepas Faris memperdengarkan 1/3 daripada keseluruhan surah, disambung pula oleh abang2 Tahfiz. Merdunya bacaan mereka. Hati berdoa semoga Faris juga boleh melafazkan kalam Allah sebaik pelajar2 Tahfiz ini...... Amin


Selepas Majlis dirasmikan oleh Ketua Kampung (rasanya???), ada persembahan nasyid pulak. Utk class 6-1 Faris pun ada. Lepas tu majlis penganugerahan sijil tamat belajar utk pelajar2 tadika.



Faris naik ke pentas sekali lagi untuk menerima anugerah bagi kategori Markah Tertinggi Ujian Kelayakan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). Alhamdulillah. Faris dahpun buat pengesahan penerimaan tawaran ke SRAI Batu Belah, Klang. Dapat masuk kelas A (1 Arif).


Sebelum majlis bersurai, Faris sekali lagi naik ke pentas utk menerima Anugerah Tokoh Murid 2006. Tak sangka! Sungguh tak sangka! Sebak rasanya. Antara ucapan pengacara "Pelajar ini dilahirkan pada 05/09/2000. Bercita2 menjadi seorang Jurutera al-Hafiz..... etc.. Menjadi sebutan di kalangan guru2......" Nak gugur airmata dibuatnya. Alhamdulillah. Pada usia 6 thn, Faris sudah mula mengerjakan solat sendirian. Kadang2 tu jadi imam pada Zarif. Puasa pun genap 30 hari. Cuma puasa sunat 6 Syawal jer yg tak habis. Dapat 1 hari jer. Segala yang terbaik di dunia dan akhirat Mama doakan utk Faris. Semoga menjadi ikutan adik2 yg lain... Amin! Ya Rabbal A'lamin.


Untuk semua guru2 yang terlibat membimbing dan mendidik Faris, kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan dalam hidup serta jariah yang berpanjangan. Buat Kak Ros, Ustaz, Yaya dan keluarga, terima kasih kerana menjaga Faris lepas sekolah. Minta halal segala makan & minum. Rasa segan juga sbb Kak Ros sekeluarga tak mahu menerima sebarang bayaran daripada kami. Semoga Allah membalas segala jasa Kak Ros sekeluarga. Buat Yaya, harap jangan serik membantu Faris dengan hafazannya, walaupun bukan secara formal.

Kepada Shahrizaman, terima kasih kerana sudi meminjamkan digital camera untuk merakamkan sedikit detik2 indah ini. Harapan semoga semua sudi mendoakan kejayaan untuk Faris.


kat Meru kaa...dekat la... Thu 23-Nov-2006 08:07
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
to Faris...selamat maju jaya kak ita ucpkan jadi anak yang soleh yer...untung akak dapat anak soleh mcm faris...didiklah dier sebaik mungkin k..inilah anugerah allah yang tak ternilai harganya!!insya allah.. ...akak meru kat mana? Tue 28-Nov-2006 23:56
Posted by:along_ita  - [Link]
Along Ita : Kat Taman Desa Bukit Permata, Jalan Rebung Wed 29-Nov-2006 04:19
Posted by:unnamed
semuga Faris terus maju Wed 31-Jan-2007 10:13
Posted by:zain  - [Link]
assalamuaalikum,
Tahniah buat Faris. Semoga terus cemerlang.
Nak tanya sikit .. tentang Ujian Kelayakan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) ..
apa soalan yg di tanya , subjek, bertulis atau lisan ? .. sebab saya bercadang nak hantar anak ke SRAI shah alam. terima kasih .. wassalam ..
Sat 24-Feb-2007 14:08
Posted by:alashr alashr2003@gmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.